Ramai insan yang masih lagi tidak paham akan apakah arti kesetiaan dalam
sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia,
sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini,
sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada
yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan
kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana
kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu
untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita
mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab
atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…?
Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak
mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu
untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa
berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita
juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya…
Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat
menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang
terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa
jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah
menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan
diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang
terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan
sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari
nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda
lakukan…
Tidak penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau
setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah
tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki atau wanita yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…